♥ ~ ★



This Blog Is Dedicated To Nik Sharil Afiq B. Mokhtar

Saturday, April 16, 2011

14. muhasabah

Kata orang, walaupun luka sudah sembuh tapi parutnya masih ada.

Tapi orang tak perasan…hebatnya ciptaan Allah, Dia menjadikan tubuh kita salah satu kilang yang sangat aktif menyingkirkan sel mati dan sentiasa menggantikannya dengan sel baru. Termasuk kulit kita.
Jadi saya tak perlu risau tentang parut. Kalau kita pandai jaga kulit kita, InsyaAllah parut akan segera hilang.
Macam mana pula dengan parut lama? parut kekal? parut yang disebabkan oleh luka parah?
Takpe..jangan risau. Kan zaman sekarang dah banyak produk kosmetik yang bisa mengatasi masalah parut ni.
Bio Oil…Gel Gamat…Aloe vera…bla..blaa….
Kalau orang kaya sikit..pi la buat rawatan laser.. pergh. Kulit terus jadi tegang beb~
:P
Tapi…errr..apa kaitan dengan entri hari ini?
Awak pernah gaduh dengan orang tak? Terasa hati dengan teman? Ditikam dari belakang oleh sahabat sendiri? Disakiti oleh orang-orang yang dekat dengan kita. Lebih terasa kalau orang yang buat tu antara orang yang kita sayang??
Tapi kita buat apa??
Diamkan? Sabarkan? Maafkan?? atau Berdendam?
WHAT??
MAAFKAN??? Macam tu jer??? Hey kamon la. Orang macam awak ni la orang-orang yang patut berlakon dalam filem indonesia tv3 tu. Konon-konon perempuan teraniaya. Lemah. Senang kena buli. Lepas tu nangis-nangis dalam hujan. What the fish????!!~~
Err…Tapi kak…firman Allah…
…… dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”  *(QS. 24:22)
Rasulullah saw. bersabda:
“Barangsiapa memaafkan (kesalahan) seorang muslim, maka Allah Swt. Akan memaafkan kesalahannya”. (HR. Abu Daud).
errrr…*muhasabah2*…http://www.emocutez.com

Nampak macam simple kan. Tapi nak praktikan dalam realiti hidup yang sebenar. Mahu gak nangis guling-guling atas katil dulu beb~
Kadang..susah sangat nak maafkan seseorang atas kesilapan yang pernah dia lakukan ke atas diri kita.
Paling tak, kita akan cakap :
Saya dah maafkan awak…tapi saya tak akan lupakan apa yang pernah awak lakukan kat saya.
Lagi sadis…bila hati semakin tawar untuk terima dia kembali bertapak dalam hati kita.
Tapi…cuba berdiri depan cermin..tanyakan pada diri sendiri.

Kita ni siapa tak nak maafkan dia??
Entah-entah..kita lagi banyak buat salah kat dia selama ni.
Kalau kita sakit hati dengan dia 100 kali…siapa tahu kalau sebenarnya dia lagi sakit hati dengan kita 1000 kali?
Tapi dia tak pernah kisah pun. Sebab dia dah maafkan kita.

Kita???
http://www.emocutez.com

Sama la macam kulit…
Kalau dijaga dengan baik, InsyaAllah luka akan cepat sembuh. Parut akan segera pupus.
Kalau hati kita dijaga dengan baik, InsyaAllah…rasa benci menghilang..bahagia mengundang.
Balutlah hati yang terluka itu dengan Iman. Ubatinya dengan Taqwa. Last but not least ..kena la rajin-rajin buat dressing dengan Redha yer. ;)
Seorang ulama pernah berkata:
“Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan-kesalahan sahabat-sahabat mu”
Kalau sebelum ni kita selalu doa supaya Allah lembutkan hati orang itu..itu..dan itu…Mulai hari ni, doalah supaya Allah lembutkan hati kita terlebih dahulu


* Di petik dari : urwahabadi.blog.com

No comments: